Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

TAZKIRAH

“Setiap umatku akan dimaafkan kecuali bagi orang yang terang-terangan melakukan dosa.” (HR. Bukhari & Muslim).

Monday, 21 November 2011

RPH MAKROPENGAJARAN DAN REFLEKSI

Rancangan Pengajaran Makro:

Mata pelajaran                         : Pendidikan Agama Islam
Kelas                                       : Darjah 4 Bestari
Tarikh                                      : 10 November 2011
Masa                                        : 11.30 pagi – 12.00 tgh (300 minit)
Bilangan murid                       : 10 orang
Bidang pelajaran                     : Bersuci daripada najis.
Objektif pembelajaran             :
·         Menyebut maksud Bersuci
·         Menyebut maksud Bersuci
·         Menyatakan contoh-contoh najis

Hasil pembelajaran                  : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A         Menguasai isi kandungan
·         Menyebut maksud Bersuci
·         Menyebut maksud Bersuci
·         Menyatakan contoh-contoh najis

B         Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
·    Menyenaraikan najis-najis yang terdapat di sekitar.
·    Mengkaji akibat daripada najis

C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
·      Terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas
·      Memikirkan cara menyucikan najis

           
Konsep/prinsip/hukum/teori                :
·         Najis benda yang kotor
·         Ibadat tidak sah apabila terdapat najis
·         A.Islam mementingkan kebersihan

Bahan, peralatan dan bahan sumber   :

·         Nota di slaid PowerPoint
·         Segumpal Lumpur
·         Gambar Najis

Langkah berjaga-jaga                          :
·         Mengawal kelas semasa aktiviti kumpulan

Pengetahuan sedia ada                        :
·         Mengetahui serba sedikit tentang najis











Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
-Guru menunjukan segumpal lumpur dan bersoal jawab
-Adakah lumpur kotor?
-Guru menunjukkan gambar najis.
-Adakah semua benda kotor itu najis?









Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
berdasarkan gambar najis

Murid memberi respond dan menjawab soalan guru
Strategi
·         Penyoalan seluruh kelas.
·         Penerangan
BBM
·         Segumpal Lumpur
·         Gambar najis
Nilai
·         Berkeyakinan
KBKK
·         Menjana idea

Langkah 1

(10 minit)
Bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas
Najis ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah
-Contoh-contoh najis
-Guru memaparkan slide tentang maksud bersuci  dan maksud najis
-Guru menunjukkan slide contoh-contoh najis



-Murid mendengar
Murid melihat


Strategi
·         Penerangan
BBM
·         Slide  PowerPoint 
Nilai
·         Mendengar arahan guru
KBKK
·         Kemahiran berfikir 
Langkah 2
(10 minit)
Latihan.












-Murid mendengar
-Murid bertukar pendapat mengenai contoh najis
Strategi
·         Perbincangan
BBM
·         Slide  PowerPoint 
Nilai
·         Bekerjasama
KBKK
·         Interpersonal
Refleksi/
Penutup
(5 minit)
-Maksud Bersuci
-Maksud Najis
- Contoh-contoh najis

·         Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pelajaran hari ini
·         Guru membahagi lembaran kerja (kerja rumah)
·         Murid menjawab soalan guru
·         Murid menerima lembaran kerja

Strategi
·         Penyoalan seluruh kelas.
·         Penerangan
BBM
·         Slide  PowerPoint 
Nilai
·         Mendengar arahan guru
KBKK
·         Kemahiran berfikir 






REFLEKSI
Syukur terhadap terhadap Allah atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pensyarah pembimbing En. Abd Rahim B. Sharif kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini berjalan.Saya  memutuskan untuk mengajar tajuk “Bersuci daripada najis”.  Tajuk yang penting bagi solat kerana jika pelajar tidak faham ,sembahyang mereka tidak kerana najis.
KEKUATAN
Saya  merancang untuk mengajar set induksi selama 5 minit dalam mikropengajaran kali ini. Saya memulakan set induksi saya dengan menggunakan  menggunakan bahan semula jadi iaitu lumpur dan gambar najis. Saya menunjukkan bahan tersebut dan bersoal jawab dengan murid. Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid terhadap objektif pengajaran.
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan micro teaching kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkaitkan pengajaran saya dengan kehidupan harian murid.
            Penggunaan Power Point dalam menerangkan maksud bersuci dan najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran.Huruf yang besar, terang dan jelas telah berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran.Contoh-contoh najis yang jelas dan menarik dalam power point telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar mereka.
             Setelah pelajar faham tentang objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan memberikan mereka latihan bertulis yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan mereka terhadap pelajaran. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab semua soalan.Manakala dalam aktiviti penutup pula, saya telah berjaya mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk dan latihan di rumah.
Selain itu, nada suara saya yang sesuai dan lantang  juga memudahkan murid-murid di dalam kelas saya dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap P&P saya. Di samping itu juga, murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian set induksi saya. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya berkenaan isi pelajaran.
           
1.2      KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan set induksi dalam tugasan micropengajaran kali ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah saya buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring. Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi melihat balik rakaman yang dibuat, set induksi saya hanya guna masa 4 minit 20 saat sahaja.
            Kelemahan dan kekurangan yang  seterusnya ialah persembahan saya semasa menjalankan proses pengajaran ialah kadang-kadang terkeluar loghat kelantan. Latihan yang diberi terlalu senang menyebabkan pelajar dapat menghabiskan latihan dengan cepat menyebabkan saya terpaksa mengadakan aktiviti lain bagi mengisi masa yang masih ada.
3.3      LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran saya pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan micro pengajaran kali ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Sebagai orang Kelantan dan bercakap bahasa loghat Kelantan setiap hari, sudah tentu untuk mengubah cara bercakap bukan perkara yang senang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengenai latihan yang cepat di jawab oleh murid, saya menyangka mereka susah untuk menjawab tetapi mereka dapat menjawab dengan mudah, lain kali saya akan memberi latihan yang lebih susah bagi mencabar minda mereka untuk berfikir.
            Di samping itu juga, proses pengajaran yang  menggunakan perisian multimedia amat menyeronokkan kerana saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang lain.  Itulah sebab saya memilih mengakses maklumat dengan perisian multimedia.  Semangat fasilitator (guru) serta rakan sebaya saya yang sentiasa sedia membantu jika saya menghadapi masalah memberi keyakinan kepada saya dalam proses pembelajaran yang saya lalui.  Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba mengakses maklumat  daripada internet atau sumber yang lain atas usaha saya sendiri.

0 comments:

Post a Comment