Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

TAZKIRAH

“Setiap umatku akan dimaafkan kecuali bagi orang yang terang-terangan melakukan dosa.” (HR. Bukhari & Muslim).

Monday, 21 November 2011

RPH MIKRO (MEMULAKAN PENGAJARAN) DAN REFLEKSI

Rancangan Pengajaran Harian Mikro:
KEMAHIRAN : MEMULAKAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)

Mata pelajaran                         : Pendidikan Agama Islam.
Kelas                                       : Darjah 4 Bestari.
Tarikh                                      : 09 November 2011.
Masa                                        : 11.30 pagi – 12.00 tgh (30 minit).
Bilangan murid                       : 10 orang.
Bidang pelajaran                     : Bersuci daripada najis.
Objektif pembelajaran             : Menyatakan alat-alat bersuci.
Hasil pembelajaran                  : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A         Menguasai isi kandungan
·         Menyatakan alat-alat bersuci.

B         Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
·         Menyenaraikan alat-alat bersuci yang terdapat di sekitar.

C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
·         Terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas.
·         Memikirkan cara menyucikan najis   .

Konsep/prinsip/hukum/teori                :
·   Najis benda yang kotor.
·   Ibadat tidak sah apabila terdapat najis.
·   A.Islam mementingkan kebersihan.

Bahan, peralatan dan bahan sumber   :
·    Gambar Najis
·    Air Mutlak
·      Tanah
·      Kertas
·      Batu
·       Daun

Langkah berjaga-jaga                          :
  • Mengawal kelas semasa aktiviti pengajaran.

Pengetahuan sedia ada                        :
  • Mengetahui serba sedikit tentang alat-alat bersuci seperti air.








KEMAHIRAN : MEMULAKAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)
MASA : 5 MINIT
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah
(1 minit)
-Guru menunjukan gambar najis
Soalan Guru
-Apakah ini?
-Guru menunjukkan air
-Apa ini?
-Boleh bersuci dengan air







Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
berdasarkan gambar najis dan air
Murid memberi respond dan menjawab soalan guru
Strategi
- Penyoalan seluruh kelas.
- Penerangan

BBM
- Gambar Najis
- Air
Nilai
- Berkeyakinan
KBKK
- Menjana idea

Langkah 2

(4 minit)
Alat-alat bersuci
·         Air Mutlak
·         Tanah
·         Kertas
·         Batu
·         Daun



-Guru menunjukkan alat-alat bersuci
-Guru menerangkan tajuk pelajaran hari ini.





-Murid mendengar


Strategi
- Penerangan
BBM
- Alat-alat bersuci 
  • Air Mutlak
  • Tanah
  • Kertas
  • Batu
  • Daun
Nilai
- Mendengar arahan guru
KBKK
- Kemahiran berfikir 


REFLEKSI
            Syukur terhadap terhadap Allah atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pensyarah pembimbing En. Abd Rahim B. Sharif kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini berjalan. Ketika menyempurnakan kerja kursus ini banyak perkara yang telah saya pelajari antaranya ialah bagaimana untuk membuat RPH yang baik serta perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh saya  sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

KEKUATAN
Persediaan yang baik adalah amat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran  berjalan dengan lancar.Semasa menjalankan micro teaching pula, saya telah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan saya. Perkara ini penting agar penambahbaikan dapat dijalankan.Sebelum proses pengajaran bermula, Proses membuat RPH dan mencari alat Bantu mengajar telah di jalankan dengan sempurna. Proses ini amat penting bagi memastikan proses pengajaran berjalan lancer dan mencapai objektif yang di taget.Suara yang kuat akan dapat menarik perhatian murid. Murid akan tertarik dengan guru dan tidak menghiraukan benda lain. Proses pelajaran akan berjalan dengan lancar dan baik. Guru harus menunjukkan ketegasan dalam proses pengajaran.Ketegasan pula akan menarik minat murid untuk mengikuti  proses pengajaran tersebut. Penggunaan alat Bantu mengajar dari persekitaran akan dapat menarik perhatian murid dan mereka akan mudah untuk memahami kegunaan peralatan tersebut dalam kehidupan seharian.Pengajarn mikro yang menghadkan jumlah pelajar antara 5 hingga 10  orang akan menyebabkan saya dapat memberikan tumpuan terhadap pelajar serta proses pengajaran berjalan dengan berkesan terhadap setiap pelajar yang mengikutinya. Saya juga menggunakan teknik  pujian untuk menarik minat dan perhatian murid.
KELEMAHAN
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat di kesan semasa proses pengajaran mikro 5 minit.Saya menghadapi masalah untuk mengikut ketepatan masa di sebabkan berapa gangguan seperti mengawal kelas , menarik perhatian pelajar dan lain-lain.Masalah untuk memantau keseluruhan kelas dengan masa yang sedikit, guru terpaksa berada di hadapan kelas sahaja.
LANGKAH MENGATASI
Guru harus membuat persediaan yang lebih rapi dan mengajar mengikut masa yang telah ditetapkan dalam RPH. Guru juga harus bertindak dengan bijaksana dalam mengatasi masalah semasa proses pengajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar yang menarik, suasana kelas yang baik, kekemasan pakaian guru yang sudah pasti menarik  perhatian murid. Guru juga harus bergerak dari depan ke belakang untuk menarik perhatian murid.

0 comments:

Post a Comment